YANG DATANG MELAWAT:

Hye Semua!!

Hye Semua!!
Cik Eyla Sulaiman

My photo
Semanggol, Perak, Malaysia
Assalammualaikum kpd smua.. slmt brkenalan.. n pd yg sudi mengikuti blog ak nie thanx a lot ya.... pd yg ske follow, pd yg xsuke jgn la follow oke... (:


MASIHKAH ADA CINTA

Klik link dibawah untuk baca Novel :

Powered by Blogger.

Monday, January 16, 2012

NOVELOG ~ MASIHKAH ADA CINTA



Masihkan Ada Cinta - Prolog
Bip..bip..bip..... bunyi yang menandakan sms diterima. Dengan malas aku berjalan menuju ke meja solek ditepi almari pakaian untuk mengambil telefon bimbitku yang diletakkan disitu. “Hai.. sapa pulak la yang mesej tengah-tengah malam macam nie.. mengganggu konsentrasi aku nak berangan je lah kan.. hehehe.. aku duk pot pet pot pet macam nie, macam la si penghantar sms tue dengar..”

Telefon ku capai dan terus membuka peti masuk sekaligus membaca sms yang dihantar. “Maafkan saya, tapi saya nak putus dengan awak” Itulah bunyi sms yang baru diterima dari seorang insan yang berjaya bertahta dihati aku sejak 2 tahun yang lalu, Irfan Hamdi Bin Dzali sedap kan nama dia, orangnya pun, Alhamdullillah sekacak namanya.

Tapi.... Ya, Allah.... apa maksud semua ini? Aku terus membalas sms tersebut “Kenapa tiba-tiba awak hantar sms macam ni? Dah dekat 2 minggu saya cuba contact awak, tapi satu pun tak berjawab.. sms saya pun awak tak reply.. awak pergi mana sebenarnya?.

Selesai menaip, butang send ditekan.

Dalam hati hanya Tuhan yang tahu, betapa berdebarnya perasaan ku saat itu sambil menanti balasan sms yang dihantar. “Tak ada angin, tak ada rebut, tiba-tiba dia mintak putus? Kenapa? Dia dah ada orang lain.. Ya Allah.. bantulah hambamu ini.. berikanlah kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan semua ujianMu ini.

Bip..bip..bip... sekali lagi telefon berbunyi tanda sms diterima. Sebelum membaca sms yang diterima, aku tarik nafas dalam-dalam. “Selama nie, saya dah banyak buang masa untuk perkara yang tak berfaedah macam ni. Saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran saya. Tolong jangan cari saya lagi...”

WHAT!!!!
Aku lantas terduduk diatas katil selepas membaca kandungan sms yang diterima tadi. Dengan sendirinya air mata mengalir perlahan dipipi. Sungguh aku tak sangka insan yang sentiasa berada disisi aku tak kira waktu susah ataupun senang, yang selama ni sentiasa bercakap dengan nada yang lembut dan mendamaikan boleh berkata macam tu pada aku, itupun hanya melalui kiriman sms? Betapa kecewanya hati aku sekarang ni. Tapi betul ke apa yang aku baca ni? Macam susah nak percaya. Ye lah, 2 minggu dia menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita, tiba-tiba hantar sms macam ni dekat aku. Kalau orang lain pun mesti susah nak terima kenyataan kan? Tak boleh jadi. Aku mesti jumpa dengan dia, untuk dengar sendiri dari mulut dia yang dia memang dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan aku dan aku nak tahu kenapa dia ambil keputusan macam ni. Tiba-tiba pulak tu. Mesti jumpa!.

20hb Julai 2007
Medan Selera Jaya Jusco Ipoh
Adelia resah menanti insan yang ditunggu-tunggu belum menampakkan diri walaupun dah terlewat sejam dari waktu yang dijanjikan. Ya Allah, janganlah dia tak datang. Doaku dalam hati. Sementara menanti, Adelia membeli minuman untuk membasahkan tekaknya yang haus.

“Assalammualaikum, dah lama tunggu?” sapa seseorang dihadapanku. Ya, insan inilah yang aku nantikan sejak sejam yang lalu. Alhamdulillah dia datang, ucapku dalam hati.

“Wa’alaikummussalam, tak adalah lama sangat, tapi kalau lama pun saya tak kisah janji awak datang. Duduklah..” ucapku pada Irfan. Jantung bergedup lebih pantas dari biasa. Apalah masalah dengan jantung aku ni? Macam la sebelum ni tak pernah duduk bertentang dengan Irfan macam ni. Tolonglah wahai jantung, jangan nak buat overtime disaat-saat genting macam ni.. Tapi ye la, dulu keadaan lain sekarang pulak lain.

“Ehemm...ermm.. awak tak nak minum ke makan ke?” soalku kepada Irfan. Hanya gelengan yang diberikan oleh Irfan tanda menjawab soalan aku tadi.

Dua minit berlalu....

“Zikri cakap awak ada perkara nak cakap dengan saya, so apa dia” soal Irfan memecah kesunyian yang melanda antara kami saat ini. Aku? Tersentak bila tiba-tiba dia ajukan soalan. Sebenarnya aku tak punya kekuatan yang cukup lagi ni untuk menyuarakan apa yang terpendam. Zikri merangkap BFF a.k.a Best Friend Forever kekasih hati aku ni. But, layak ke aku nak anggap dia kekasih hati aku lagi sekarang ni. Aku buat appointment untuk berjumpa dengan Irfan ni melalui bantuan Zikri lah. Susah payah aku pujuk Zikri untuk tolong aku, akhirnya disini lah aku dan Irfan bersua muka setelah 3 minggu tak berjumpa. “Hurmmmmmm... oke... tarik nafas.. hembus.. tarik nafas.. hembus...”

“Memang ada perkara yang saya nak bincang dengan awak. Soal kita.” Jawabku kepada Irfan.
“So, cakaplah perkara apa yang awak nak bincangkan sangat tu, saya tak boleh nak berlama-lama dekat sini. Banyak lagi urusan yang saya nak buat.” Ujar Irfan dengan lantangnya.
“Apa yang awak sms haritu memang awak betul-betul maksudnya?”
“Saya rasa awak tak ada masalah dengan Bahasa Melayu kan? So saya anggap awak dah jelas dengan apa yang saya tulis dalam sms haritu..” Jawan Irfan dengan angkuhnya.

Siapa sebenarnya yang berada dihadapan aku sekarang ni? Ini bukan Irfan Hamdi yang aku kenal 2 tahun yang lalu. Irfan aku tak pernah bercakap dengan nada yang angkuh macam ni. Dia sentiasa menjaga percakapannya walaupun sedang dalam keadaan marah supaya aku tak terasa dengan kata-katanya. Tapi ini, bukan setakat terasa tapi cukup untuk mengiris hati aku yang dah sedia terguris ni.

“Awak.. tolonglah jangan nak melawak sampai macam ni sekali. Saya kenal awak. Awak tak akan sesekali bercakap macam ni dengan saya. Selama ni kita tak pernah bergaduh besar pun kan. Kenapa tiba-tiba awak jadi macam ni. Tiba-tiba je awak nak putus. Alasan yang awak bagi tu tak cukup untuk memuaskan hati saya. Tolong bagitahu perkara yang sebenar kenapa awak ambil keputusan yang macam ni. Please Irfan...” Mendayu sekali suara aku saat meluahkan apa yang sedang bergolak didalam hati aku sekarang ini. Kalau Irfan nak cakap aku sedang merayu dekat dia pun, cakaplah. Aku dah tak nak fikir tentang semua tu. Yang penting aku mendapat jawapan kepada semua persoalan yang memenuhi ruang fikiran aku saat ini.

“Adelia.. saya rasa awak dah cukup dewasa untuk faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya nak putuskan hubungan kita ni! Itupun susah sangat ke awak nak faham. Saya tak nak disebabkan hubungan kita ni, pelajaran saya terabai dan masa depan saya musnah. Saya anak tunggal dan dah semestinya parents saya nak tengok saya berjaya dan ambil alih syarikat yang papa saya usahakan selama ni. Lepas konvo nanti saya akan pergi UK untuk sambung study dekat sana. So saya nak tumpukan sepenuh perhatian saya pada pelajaran dan syarikat papa saya. Saya tak nak dengan kehadiran awak disisi saya membuatkan saya alpa dan memusnahkan impian papa dan mama. Please saya harap awak faham. Lagipun selama ni awak tahu kan yang parents saya tak setuju dengan hubungan kita. Jadi sebelum terlambat baik kita putuskan hubungan ni.” Begitu panjang lebar ulasan yang diberikan oleh Irfan. Cukup mudah untuk dia melafazkan semua kata-kata tersebut bagaikan pada pandangan mata dia aku bukan sesiapa yang istimewa didalam hidup dia. Ya, memang selama ni aku tahu akan tentangan dari orang tua Irfan tapi dia juga yang menyakinkan aku untuk bersabar dan dia juga berjanji akan memujuk orang tuanya untuk menerima aku seadanya. Tapi sekarang.....

“Irfan.. dulu awak yang beriya-iya menyakinkan saya untuk menerima cinta awak walaupun pada mulanya saya tak mahu ada apa-apa hubungan cinta dengan awak kan. Tapi sekarang, ini yang awak cakap pada saya?..” Aku terdiam dan menarik nafas terlebih dahulu sebelum menyambung ayatku tadi.

“Awak anggap kehadiran saya dalam hidup awak menyebabkan awak mengabaikan pelajaran awak? Saya betul-betul tak faham dengan awak. Dulu masa nak tackle saya macam-macam awak cakap, awak sayang saya, awak tak akan abaikan saya, awak nak sehidup semati dengan saya. Tapi sekarang ni....” Tanpa aku sedar air mata aku mengalir... 

“Irfan.. please fikirkan semula semua ni.. dengan keputusan yang awak buat ni, bukan saya sorang je yang terluka. Awak kena ingat family saya. Diaorang semua dah kenal awak sebagai kekasih saya. Lepas nie apa yang saya nak bagitahu diaorang semua?”  aku pandang tepat ke dalam mata Irfan, masih mengharapkan agar Irfan memikirkan semula keputusan yang dibuat olehnya.

“Awak cakap je la antara kita tak ada jodoh, habis cerita. Lagipun kita baru bercinta bukannya dah nikah. Normal la kan bila pasangan kekasih tu putus cinta. Keputusan saya muktamad, saya dah tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan awak. Jadi mulai hari ini awak jangan contact saya lagi. Antara kita dah tak ada apa-apa hubungan yang istimewa. Faham?...”

Beginikah akhirnya cinta antara kami? Sungguh pada mulanya aku tak mahu ada apa-apa hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Tapi bila hati sudah mula suka dan senang dengan kehadiran dia disisi aku, dia pula yang ambil keputusan untuk menjauh dari aku. Ya Allah.. kau berikanlah ketabahan kepadaku.

Selepas mendengar jawapan dari Irfan, aku hanya mampu memandang mukanya dengan fikiran yang kosong. Sungguh aku sudah tidak punya kekuatan untuk memujuknya lagi. Lantas aku bangun. “Saya doakan awak berbahagia dengan kehidupan awak selepas ni. Jangan risau, saya tak akan ganggu awak lagi dan saya akan pastikan yang saya tak akan muncul depan awak lagi selepas ni. Assalammualaikum..” sebaik selesai melafazkan kata, aku terus melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi. Andai ini yang dia mahukan, aku akan turutkan. Aku terus melangkah meninggalkan Irfan yang masih setia duduk di tempat tadi. Orang ramai yang berpusu-pusu bagaikan tak wujud pada pandangan aku ketika ini. Hujung bulan, sudah semestinya pasaraya seperti ini menjadi tumpuan. Aku terus melangkah menuju ke kereta yang diparking ditingkat atas pasaraya. Lama aku duduk termenung ditempat pemandu sebelum memulakan pemanduan. “Aku tak boleh menangis, kalau aku lemah tentu mak akan sedih. Tak.. aku tak boleh biar mak menangis. IRFAN HAMDI BIN DZALI, selamat berambus dari hidup ADELIA HUMAIRA BINTI  HANAFI. Jangan pernah kau datang lagi!


*Ini percubaan pertama untuk share novelog dengan pembaca semua.. so berilah komen, pendapat dan pandangan demi mempertingkatkan lagi mutu penulisan saye nie ye.. Salam Sayang.. ^_^



2 comments:

  1. pada pendapat saya,cerita ini mempunyai potensi dan awak mempunyai bakat yang besar dalam bidang penulisan....saya harap dapat membaca sambungan cerita ini...overall very good try....don't waste your talent....

    ReplyDelete
  2. kenapa x nak sambung best juga ...

    ReplyDelete


Eagle Ranch, Negeri Sembilan

Kluang, Johor

Kluang, Johor
Kahwen Kak Lynn

~True Friends~


Chenta Pic Nie ^__^