YANG DATANG MELAWAT:

Hye Semua!!

Hye Semua!!
Cik Eyla Sulaiman
My photo
Semanggol, Perak, Malaysia
Assalammualaikum kpd smua.. slmt brkenalan.. n pd yg sudi mengikuti blog ak nie thanx a lot ya.... pd yg ske follow, pd yg xsuke jgn la follow oke... (:
MASIHKAH ADA CINTA

Klik link dibawah untuk baca Novel :
Powered by Blogger.

Friday, August 24, 2012

PUDING TRIFLE

Resepi kedua yang nak di share kali nie adalah PUDING TRIFLE... Sumber resepi nie dari KongsiResepi.com tapi lupa dah pulak dari blog yang mana satu... Hehehehe... Cik Eyla Sulaiman dah try buat Puding Trifle nie 2 kali dah. 1st trial tak berapa menjadi sangat sebab bahan xcomplete.. ye la cari bahan dekat kedai runcit je memang la tak jumpa kan... 2nd trial menjadi la sebab semua bahan ada.. :) Okay.. meh kita go thru bahan-bahan dan cara-cara untuk buat Puding Trifle ala Cik Eyla Sulaiman nieh...

Bahan-Bahan (Untuk 5 orang makan)

  • Swiss roll 
  • Serbuk Jelly *Brand apa pun boleh dan pilih perisa yang anda suka yer...
  • 1 Tin buah-buahan campuran
  • 1 Tin Laici
  • 3 sudu besar tepung Kastard
  • 1 Tin Susu cair *Guna cap ideal sedap sikit... :)
  • 3 sudu Gula
  • Sedikit air

Hiasan Tambahan :

  • Whipping Cream

Cara membuat Puding Trifle :

1st Layer
Potong Swiss Roll dan susun dalam bekas lutsinar *Baru nampak layer2 yang cantik tue nanti.

2nd Layer
Masukkan Tepung kastard dan sedikit air ke dalam mangkuk.. Gaul supaya tepung tak berketul. Masukkan air dari buah-buahan campuran dalam tin, susu cair dan gula. *rasa sikit, agak-agak tawar tambah sikit lagi gula
Tuang adunan tadi ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana. Gaul selalu supaya adunan tak berketul dan melekat. Kacau sehingga adunan mendidih.
Tuang adunan ke atas lapisan Swiss Roll yang disusun tadi.

3rd Layer
Masukkan buah-buahan campuran dan laici ke atas lapisan Kastard tadi... tabur je ikut suka yer... :)

4th Layer
Larutkan Serbuk Jelly segera tadi dengan air panas.. Biar sejuk dan pekat sikit barulah tuang ke atas susunan Buahan-buahan tadi.

5th Layer
Hias dengan whipping cream.. Tak nak pun xapa.. Boleh je hias dengan buah-buahan.. 

Simpan dalam peti sejuk.. dalam  1jam ke 2 jam dan boleh dimakan... Lagi sejuk lagi best... 

Sangat-sangat lah sesuai dimakan masa musim panas... Memang menyejukkan anak tekak.. :) Dan semestinya mendapat permintaan yang tinggi dari ahli keluarga.. 


Ada tambahan buah dragon fruit disitu ya... Masa menghias tue ternampak lah pula buah nie.. terus potong-potong dan tabur atas jelly :)

CORNFLAKES MADU


Di musim perayaan nie terasa nak berkongsi resepi kuih raya lah pulak kan... Tapi hari-hari biasa pun boleh je jugak buat biskut nie.... (biskut tak biskut sangat la) boleh dibuat kudap-kudapan masa tengok tv ke.. tak pun letak dalam Tupperware untuk bekal time-time lapar dekat office, boleh je.. Berbalik pada tajuk asal.. Cik Eyla Sulaiman nak berkongsi resepi CORNFLAKES MADU ala Eyla Sulaiman. Sangat mudah dan tak perlu masa yang lama untuk buat cookies raya yang satu nie.. Bahan-bahan dia pun sangat la mudah untuk didapati..

Bahan-bahan (Boleh dapat 60-70 paper cup yang sederhana)

  • 2 sudu makan butter / marjerin *tapi kalau nak sedap Cik Eyla suggest guna Butter oke
  • 2 sudu makan susu pekat *Guna gula pun boleh, tapi guna susu lagi lemak berkrim jadinya
  • 5 sudu makan madu
  • ½ kotak Cornflakes

Cara-cara membuatnya :
  • Panaskan kuali, guna api yang sederhana sahaja ye, kemudian masukkan Butter. Kacau sehingga Butter cair.
  • Masukkan susu dan madu. Kacau hingga mendidih *Sampai timbul buih-buih tue
  • Padamkan api. Masukkan Cornflakes ke dalam bahan yang dimasak tadi. Gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam paper cup.
  • Bakar selama 15 minit.
  • Sedia untuk dimakan.


Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tadi Cik Eyla Sulaiman berkesempatan la buat Cornflakes Madu nie lebih kurang 130 paper cup macam tue (sekotak Cornflakes). Masa 1st raya dah tinggal separuh Tupperware... Raya ke-3 dah tinggal Tupperware kosong je la kan.... Lepas tue banyak sangat permintaan so  Raya ke-4 buat lagi, pun sekotak Cornflakes jugak.. Balik kerja semalam tengok tinggal lebih kurang 10 paper cup je lagi.. Ramai jugak eh yang minat Cornflakes Madu nieh.. Selamat la bahan-bahan nyer mudah je dan yang penting sangat mudah untuk dibuat. Agaknya nanti nak kena buat lagi kut, buat bekal dekat office.. Agak-agak boring boleh mengunyah Cornflakes madu ... 

Eagle Ranch, Negeri Sembilan

Kluang, Johor

Kluang, Johor
Kahwen Kak Lynn

~True Friends~


Chenta Pic Nie ^__^