YANG DATANG MELAWAT:

Hye Semua!!

Hye Semua!!
Cik Eyla Sulaiman

My photo
Semanggol, Perak, Malaysia
Assalammualaikum kpd smua.. slmt brkenalan.. n pd yg sudi mengikuti blog ak nie thanx a lot ya.... pd yg ske follow, pd yg xsuke jgn la follow oke... (:


MASIHKAH ADA CINTA

Klik link dibawah untuk baca Novel :

Powered by Blogger.

Friday, August 24, 2012

CORNFLAKES MADU


Di musim perayaan nie terasa nak berkongsi resepi kuih raya lah pulak kan... Tapi hari-hari biasa pun boleh je jugak buat biskut nie.... (biskut tak biskut sangat la) boleh dibuat kudap-kudapan masa tengok tv ke.. tak pun letak dalam Tupperware untuk bekal time-time lapar dekat office, boleh je.. Berbalik pada tajuk asal.. Cik Eyla Sulaiman nak berkongsi resepi CORNFLAKES MADU ala Eyla Sulaiman. Sangat mudah dan tak perlu masa yang lama untuk buat cookies raya yang satu nie.. Bahan-bahan dia pun sangat la mudah untuk didapati..

Bahan-bahan (Boleh dapat 60-70 paper cup yang sederhana)

  • 2 sudu makan butter / marjerin *tapi kalau nak sedap Cik Eyla suggest guna Butter oke
  • 2 sudu makan susu pekat *Guna gula pun boleh, tapi guna susu lagi lemak berkrim jadinya
  • 5 sudu makan madu
  • ½ kotak Cornflakes

Cara-cara membuatnya :
  • Panaskan kuali, guna api yang sederhana sahaja ye, kemudian masukkan Butter. Kacau sehingga Butter cair.
  • Masukkan susu dan madu. Kacau hingga mendidih *Sampai timbul buih-buih tue
  • Padamkan api. Masukkan Cornflakes ke dalam bahan yang dimasak tadi. Gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam paper cup.
  • Bakar selama 15 minit.
  • Sedia untuk dimakan.


Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tadi Cik Eyla Sulaiman berkesempatan la buat Cornflakes Madu nie lebih kurang 130 paper cup macam tue (sekotak Cornflakes). Masa 1st raya dah tinggal separuh Tupperware... Raya ke-3 dah tinggal Tupperware kosong je la kan.... Lepas tue banyak sangat permintaan so  Raya ke-4 buat lagi, pun sekotak Cornflakes jugak.. Balik kerja semalam tengok tinggal lebih kurang 10 paper cup je lagi.. Ramai jugak eh yang minat Cornflakes Madu nieh.. Selamat la bahan-bahan nyer mudah je dan yang penting sangat mudah untuk dibuat. Agaknya nanti nak kena buat lagi kut, buat bekal dekat office.. Agak-agak boring boleh mengunyah Cornflakes madu ... 

No comments:

Post a Comment


Eagle Ranch, Negeri Sembilan

Kluang, Johor

Kluang, Johor
Kahwen Kak Lynn

~True Friends~


Chenta Pic Nie ^__^