YANG DATANG MELAWAT:

Hye Semua!!

Hye Semua!!
Cik Eyla Sulaiman

My photo
Semanggol, Perak, Malaysia
Assalammualaikum kpd smua.. slmt brkenalan.. n pd yg sudi mengikuti blog ak nie thanx a lot ya.... pd yg ske follow, pd yg xsuke jgn la follow oke... (:


MASIHKAH ADA CINTA

Klik link dibawah untuk baca Novel :

Powered by Blogger.

Wednesday, January 18, 2012

Makan-Makan Kenyangkan Perut

Makan-Makan dekat mana nie?
*Macam JJCM la pulak kan..
Tak ada la jauh sangat pun dari rumah.. lebih kurang 10 minit jer pun.... 
Restaurant nie betul-betul depan plus exit Bukit Merah.. Anne Tomyam *sape-sape yang tak tahu tue Google Maps sekarang jugak.. hehehehehe... Makanan dekat sini so far memuaskan hati.. yang paling suka tiap kali datang sini ialah Air Laici Kang.. marvelous sodap.. hahahaha... Dan semestinya Tomyam dia sangat lah pedas berasap tak hengat dunia.. Nak try, datang lah sini... 

Oke.. untuk malam tadi just makan-makan ringan jer.. Order sate... Abah macam biasa la mesti tak tinggal Sate Kambing die tue... abah sorang je boleh habiskan 20 cucuk.. perhhhhhh.. tak panas ke?? Cik Eyla macam biasa la.. layang sate daging jer... tue pun mampu habiskan berapa cucuk je la...... Mana tak nya.. sambil mengunyah duk melayan Facebook.. Wifi zon kan.. so tunggu lagiiii... kekekeke... sambil-sambil tue tengok game bola... Perak vs Negeri Sembilan.. tp malas nak bertekak lebih sebab kawan-kawan ramai orang Nogori... mana-mana menang pun tak kesah lah... *hehehehehe.. ayat nak selamat jerrr 
Dan seperti yang dijangka, Perak menang... hehehehehehehehe....

Oke.. da la.. cukup la pasal bab makan nie ye... duk sibuk melayan FB, dapat snap sekeping jer gambar malam tadi... hehehhe.. cukup lah yer...
*Tak berapa nak jelas sebab malas nak guna HDR camera.. t menyerlang sangat dengan flash.. hehehehe.. orang tengah ramai... :D


Tuesday, January 17, 2012

SelamatTinggal

Kenapa pulak tetiba jer ucap selamat tinggal nie? 
Isk..Isk..Isk...
sebab esok merupakan last day bekerja dekat 
Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) atau sekarang nie lebih dikenali dengan nama Pusat Internet Desa...
Sedih kerrrrrrr??? *Sedih la jugak kannnnnnnn


Oke... ke mana hala tuju Cik Eyla Sulaiman slps nie?
Belajar dalam bidang Programming kan.... Nak buat sistem kah? atau nak jadi Programmer kah? atau nak bangunkan web kah???
KahKahKahKahKahKah

Semua andaian itu tidak benar sama sekali.. ia benar Cik Eyla ambil bidang itu masa study dulu
but.... Urmmm... xkotttt nak kerja dalam bidang tue... hehehehehehe.. Gedixxx

Kerja di tempat baru nie dalam position yang sama jugak.. Kerani cabuk jerrr...
Eh... kerani kerja jugak What.. kannnnn.... 
Tapi best sikit kut environment kat sana... Resort kannn... tentu larh much fun berbanding skrg nie... Resort mana?? Rahsia... tettttttttt... 
But nak story nie.. kekeke... oke... salah silah and antara sebab-sebab kerani sediada dekat Office tue berhenti kerja adalah kerana BERKAHWIN... adakah apabila bekerja disana, jodoh Cik Eyla akan tiba?? hehehehe... lawak je lah... oke lah.. malas nak cakap lebih2 dah.. sekarang nie.. hayati hari-hari terakhir anda berada disini.. But..! xad yg nak buat farewell party ke?? hahahaha.. awak tue sape??? 

*Sebelum tue, sudi-sudi kan lah diri untuk membaca Novelog karya Cik Eyla Sulaiman yer.. and jgn lupa jugak untuk tgglkan komen yg membina semangat.. Thanx... Salam Sayang.. :)



Monday, January 16, 2012

NOVELOG ~ MASIHKAH ADA CINTA



Masihkan Ada Cinta - Prolog
Bip..bip..bip..... bunyi yang menandakan sms diterima. Dengan malas aku berjalan menuju ke meja solek ditepi almari pakaian untuk mengambil telefon bimbitku yang diletakkan disitu. “Hai.. sapa pulak la yang mesej tengah-tengah malam macam nie.. mengganggu konsentrasi aku nak berangan je lah kan.. hehehe.. aku duk pot pet pot pet macam nie, macam la si penghantar sms tue dengar..”

Telefon ku capai dan terus membuka peti masuk sekaligus membaca sms yang dihantar. “Maafkan saya, tapi saya nak putus dengan awak” Itulah bunyi sms yang baru diterima dari seorang insan yang berjaya bertahta dihati aku sejak 2 tahun yang lalu, Irfan Hamdi Bin Dzali sedap kan nama dia, orangnya pun, Alhamdullillah sekacak namanya.

Tapi.... Ya, Allah.... apa maksud semua ini? Aku terus membalas sms tersebut “Kenapa tiba-tiba awak hantar sms macam ni? Dah dekat 2 minggu saya cuba contact awak, tapi satu pun tak berjawab.. sms saya pun awak tak reply.. awak pergi mana sebenarnya?.

Selesai menaip, butang send ditekan.

Dalam hati hanya Tuhan yang tahu, betapa berdebarnya perasaan ku saat itu sambil menanti balasan sms yang dihantar. “Tak ada angin, tak ada rebut, tiba-tiba dia mintak putus? Kenapa? Dia dah ada orang lain.. Ya Allah.. bantulah hambamu ini.. berikanlah kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan semua ujianMu ini.

Bip..bip..bip... sekali lagi telefon berbunyi tanda sms diterima. Sebelum membaca sms yang diterima, aku tarik nafas dalam-dalam. “Selama nie, saya dah banyak buang masa untuk perkara yang tak berfaedah macam ni. Saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran saya. Tolong jangan cari saya lagi...”

WHAT!!!!
Aku lantas terduduk diatas katil selepas membaca kandungan sms yang diterima tadi. Dengan sendirinya air mata mengalir perlahan dipipi. Sungguh aku tak sangka insan yang sentiasa berada disisi aku tak kira waktu susah ataupun senang, yang selama ni sentiasa bercakap dengan nada yang lembut dan mendamaikan boleh berkata macam tu pada aku, itupun hanya melalui kiriman sms? Betapa kecewanya hati aku sekarang ni. Tapi betul ke apa yang aku baca ni? Macam susah nak percaya. Ye lah, 2 minggu dia menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita, tiba-tiba hantar sms macam ni dekat aku. Kalau orang lain pun mesti susah nak terima kenyataan kan? Tak boleh jadi. Aku mesti jumpa dengan dia, untuk dengar sendiri dari mulut dia yang dia memang dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan aku dan aku nak tahu kenapa dia ambil keputusan macam ni. Tiba-tiba pulak tu. Mesti jumpa!.

20hb Julai 2007
Medan Selera Jaya Jusco Ipoh
Adelia resah menanti insan yang ditunggu-tunggu belum menampakkan diri walaupun dah terlewat sejam dari waktu yang dijanjikan. Ya Allah, janganlah dia tak datang. Doaku dalam hati. Sementara menanti, Adelia membeli minuman untuk membasahkan tekaknya yang haus.

“Assalammualaikum, dah lama tunggu?” sapa seseorang dihadapanku. Ya, insan inilah yang aku nantikan sejak sejam yang lalu. Alhamdulillah dia datang, ucapku dalam hati.

“Wa’alaikummussalam, tak adalah lama sangat, tapi kalau lama pun saya tak kisah janji awak datang. Duduklah..” ucapku pada Irfan. Jantung bergedup lebih pantas dari biasa. Apalah masalah dengan jantung aku ni? Macam la sebelum ni tak pernah duduk bertentang dengan Irfan macam ni. Tolonglah wahai jantung, jangan nak buat overtime disaat-saat genting macam ni.. Tapi ye la, dulu keadaan lain sekarang pulak lain.

“Ehemm...ermm.. awak tak nak minum ke makan ke?” soalku kepada Irfan. Hanya gelengan yang diberikan oleh Irfan tanda menjawab soalan aku tadi.

Dua minit berlalu....

“Zikri cakap awak ada perkara nak cakap dengan saya, so apa dia” soal Irfan memecah kesunyian yang melanda antara kami saat ini. Aku? Tersentak bila tiba-tiba dia ajukan soalan. Sebenarnya aku tak punya kekuatan yang cukup lagi ni untuk menyuarakan apa yang terpendam. Zikri merangkap BFF a.k.a Best Friend Forever kekasih hati aku ni. But, layak ke aku nak anggap dia kekasih hati aku lagi sekarang ni. Aku buat appointment untuk berjumpa dengan Irfan ni melalui bantuan Zikri lah. Susah payah aku pujuk Zikri untuk tolong aku, akhirnya disini lah aku dan Irfan bersua muka setelah 3 minggu tak berjumpa. “Hurmmmmmm... oke... tarik nafas.. hembus.. tarik nafas.. hembus...”

“Memang ada perkara yang saya nak bincang dengan awak. Soal kita.” Jawabku kepada Irfan.
“So, cakaplah perkara apa yang awak nak bincangkan sangat tu, saya tak boleh nak berlama-lama dekat sini. Banyak lagi urusan yang saya nak buat.” Ujar Irfan dengan lantangnya.
“Apa yang awak sms haritu memang awak betul-betul maksudnya?”
“Saya rasa awak tak ada masalah dengan Bahasa Melayu kan? So saya anggap awak dah jelas dengan apa yang saya tulis dalam sms haritu..” Jawan Irfan dengan angkuhnya.

Siapa sebenarnya yang berada dihadapan aku sekarang ni? Ini bukan Irfan Hamdi yang aku kenal 2 tahun yang lalu. Irfan aku tak pernah bercakap dengan nada yang angkuh macam ni. Dia sentiasa menjaga percakapannya walaupun sedang dalam keadaan marah supaya aku tak terasa dengan kata-katanya. Tapi ini, bukan setakat terasa tapi cukup untuk mengiris hati aku yang dah sedia terguris ni.

“Awak.. tolonglah jangan nak melawak sampai macam ni sekali. Saya kenal awak. Awak tak akan sesekali bercakap macam ni dengan saya. Selama ni kita tak pernah bergaduh besar pun kan. Kenapa tiba-tiba awak jadi macam ni. Tiba-tiba je awak nak putus. Alasan yang awak bagi tu tak cukup untuk memuaskan hati saya. Tolong bagitahu perkara yang sebenar kenapa awak ambil keputusan yang macam ni. Please Irfan...” Mendayu sekali suara aku saat meluahkan apa yang sedang bergolak didalam hati aku sekarang ini. Kalau Irfan nak cakap aku sedang merayu dekat dia pun, cakaplah. Aku dah tak nak fikir tentang semua tu. Yang penting aku mendapat jawapan kepada semua persoalan yang memenuhi ruang fikiran aku saat ini.

“Adelia.. saya rasa awak dah cukup dewasa untuk faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya nak putuskan hubungan kita ni! Itupun susah sangat ke awak nak faham. Saya tak nak disebabkan hubungan kita ni, pelajaran saya terabai dan masa depan saya musnah. Saya anak tunggal dan dah semestinya parents saya nak tengok saya berjaya dan ambil alih syarikat yang papa saya usahakan selama ni. Lepas konvo nanti saya akan pergi UK untuk sambung study dekat sana. So saya nak tumpukan sepenuh perhatian saya pada pelajaran dan syarikat papa saya. Saya tak nak dengan kehadiran awak disisi saya membuatkan saya alpa dan memusnahkan impian papa dan mama. Please saya harap awak faham. Lagipun selama ni awak tahu kan yang parents saya tak setuju dengan hubungan kita. Jadi sebelum terlambat baik kita putuskan hubungan ni.” Begitu panjang lebar ulasan yang diberikan oleh Irfan. Cukup mudah untuk dia melafazkan semua kata-kata tersebut bagaikan pada pandangan mata dia aku bukan sesiapa yang istimewa didalam hidup dia. Ya, memang selama ni aku tahu akan tentangan dari orang tua Irfan tapi dia juga yang menyakinkan aku untuk bersabar dan dia juga berjanji akan memujuk orang tuanya untuk menerima aku seadanya. Tapi sekarang.....

“Irfan.. dulu awak yang beriya-iya menyakinkan saya untuk menerima cinta awak walaupun pada mulanya saya tak mahu ada apa-apa hubungan cinta dengan awak kan. Tapi sekarang, ini yang awak cakap pada saya?..” Aku terdiam dan menarik nafas terlebih dahulu sebelum menyambung ayatku tadi.

“Awak anggap kehadiran saya dalam hidup awak menyebabkan awak mengabaikan pelajaran awak? Saya betul-betul tak faham dengan awak. Dulu masa nak tackle saya macam-macam awak cakap, awak sayang saya, awak tak akan abaikan saya, awak nak sehidup semati dengan saya. Tapi sekarang ni....” Tanpa aku sedar air mata aku mengalir... 

“Irfan.. please fikirkan semula semua ni.. dengan keputusan yang awak buat ni, bukan saya sorang je yang terluka. Awak kena ingat family saya. Diaorang semua dah kenal awak sebagai kekasih saya. Lepas nie apa yang saya nak bagitahu diaorang semua?”  aku pandang tepat ke dalam mata Irfan, masih mengharapkan agar Irfan memikirkan semula keputusan yang dibuat olehnya.

“Awak cakap je la antara kita tak ada jodoh, habis cerita. Lagipun kita baru bercinta bukannya dah nikah. Normal la kan bila pasangan kekasih tu putus cinta. Keputusan saya muktamad, saya dah tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan awak. Jadi mulai hari ini awak jangan contact saya lagi. Antara kita dah tak ada apa-apa hubungan yang istimewa. Faham?...”

Beginikah akhirnya cinta antara kami? Sungguh pada mulanya aku tak mahu ada apa-apa hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Tapi bila hati sudah mula suka dan senang dengan kehadiran dia disisi aku, dia pula yang ambil keputusan untuk menjauh dari aku. Ya Allah.. kau berikanlah ketabahan kepadaku.

Selepas mendengar jawapan dari Irfan, aku hanya mampu memandang mukanya dengan fikiran yang kosong. Sungguh aku sudah tidak punya kekuatan untuk memujuknya lagi. Lantas aku bangun. “Saya doakan awak berbahagia dengan kehidupan awak selepas ni. Jangan risau, saya tak akan ganggu awak lagi dan saya akan pastikan yang saya tak akan muncul depan awak lagi selepas ni. Assalammualaikum..” sebaik selesai melafazkan kata, aku terus melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi. Andai ini yang dia mahukan, aku akan turutkan. Aku terus melangkah meninggalkan Irfan yang masih setia duduk di tempat tadi. Orang ramai yang berpusu-pusu bagaikan tak wujud pada pandangan aku ketika ini. Hujung bulan, sudah semestinya pasaraya seperti ini menjadi tumpuan. Aku terus melangkah menuju ke kereta yang diparking ditingkat atas pasaraya. Lama aku duduk termenung ditempat pemandu sebelum memulakan pemanduan. “Aku tak boleh menangis, kalau aku lemah tentu mak akan sedih. Tak.. aku tak boleh biar mak menangis. IRFAN HAMDI BIN DZALI, selamat berambus dari hidup ADELIA HUMAIRA BINTI  HANAFI. Jangan pernah kau datang lagi!


*Ini percubaan pertama untuk share novelog dengan pembaca semua.. so berilah komen, pendapat dan pandangan demi mempertingkatkan lagi mutu penulisan saye nie ye.. Salam Sayang.. ^_^



KarenahAnakSaudara

HariMingguYangCeria

Hari minggu yang super duper ceria sebab ada kanak-kanak ribena yang bertandang ke rumah..
Sapa lagi kalau bukan cucu2 mak abah & mak a.k.a anak2 buah Cik Eyla Sulaiman lah tue kannn..
Bukan setakat ceria je, kecoh rumah tue dibuatnya..
Tapi, macam mana budak-budak nie boleh bertandang ke rumah kami?
Diaorang nie sebenarnya menetap dekat Tanjung Malim sebab papa diaorang a.k.a abang sulung Cik Eyla nie kakitangan UPSI.. *dari baby lagi diaorang nie terbiasa lepak kt rumah tokwan n nenek diaorang nie.. 

Budak-budak nie balik ikut papa n mama diaorang la, balik kampung sebelah mama diaorang dekat Selama nun.. tengok nenek diaorang yang demam.. so kami sekeluarga pun pergi la melawat sama hari sabtu tadi... Time nak balik tue, masing-masing pun kalut la nak ikut... nak-nak pulak yg sulung tue.. lagi la kannn... bila mama dia tanya "Along anak sapa?..." n dengan muka xbersalahnya budak tue jawab "Along anak NENEK... " so.. hahahahaha.... tunggu lagi.. pujuk la macam mana pun, tak kan mahunya budak tue tinggal... Lepas tue boy yg lagi sorang pun nak ikut... ha.. ikut... Tinggal la 2 orang gegurl dekat papa n mama die... yg boy sume ikut kiteorang balik... 

Baru berapa minit masuk kereta, dah selamat di alam mimpi... hai la budak-budak nie... Ini tak lain tak bukan simpan tenaga untuk terloncat-loncat dekat rumah nanti la nie... confirm...

Mula-mula budak nie yang terlelap dulu.. duk sembang-sembang sambil berdiri, tengok2 mata dah terpejam.. budak nie memang senang nak terlelap.. sambil berdiri pun boleh... 

*Akhirnya si abang yang memang liat nak tidur siang pun tewas.. tertidur jugak... Macam-macam gaya korang tidur kan.. 

*Disebabkan mama die tak jumpa puting dak Debab nie, Tokwan pun singgah la kedai beli puting baru.. tapi ada something lagi barang yang akan budak nie cari time nak tidur tertinggal dekat rumah nenek die kat Selama nun.. KAEN BUCUK.. kalau budak lain duk usung bantal bucuk je kan.. tapi die nie, mesti ada 3 benda baru boleh tidur malam :
i. Puting
ii. Kain Bucuk
iii. Bantal Ben 10
Kalau 3 benda nie tak ada, memang kecoh la rumah jadinya...

Bila malam, kecoh budak nie cari kaen bucuk die yang tertinggal tue... kaen bucuk tue actually kaen lampin yg kaler putih tue... Puas la abah pujuk die... budak tue duk la meranung+menjerit... "Wan... jum la p umah tok ebab.. ebab nak amek kaen ebab....sob..sob..sob.." aku yang duk dalam bilik duk gelak je la... kekekeke.....

Esoknya pagi-pagi lagi dah bawak budak Debab nie g kedai... cari lauk untuk masak tengahari n beli jajan untuk die la... aku duk pilih-pilih lauk, die sibuk duk menyembang dengan orang.. hai la budak kecik nie... baru 3 thn setengah dah kecoh duk menyembang.. *tapi budak nie memang kecoh pun... 

Balik rumah duk sediakan bahan-bahan untuk memasak, budak debab nie duk maen air dalam bilik mandi.. Pagi tue saja dah 2 kali dia bersiram... budak-budak dengan air mana la boleh dipisahkan.. ye dak.... Dah siap mandi trus lari masuk rumah.. apa lagi... "Gedebummmmmmmmmmmmmmmmmm..... " elok je lending sebelah aku yang kusyuk duk prepare bahan-bahan nie... Siap cakap lagi.. " Achik la nie.... tak nampak Ebab...!!! haaaaaaaaaaaaa!.." aikkkkkkkk achik ko yang innocent nie pulak yang dipersalahkan.... 

Macam-macam karenah betul la budak-budak nie.. Malam tadi dah balik, so kembali sunyi la rumah tue... 

*Kan ke best kalau ada baby kat umah... Tapi saye tak mau adik kecik lagi dahhh..... he3... :D



Saturday, January 14, 2012

TemplateBaru

 Disebabkan Kegatalan Tangan Menekan Butang DELETE
Maka terhasillah template baru buat blog Cik Eyla Sulaiman ini...
Cantik tak??

hehehehehe... x habis2... 
itu sahaja untuk hari ini.. opsss... esk hari ahad kan? 
nak pergi mana yer?? hehehe.. tengok lah kalau rajin nak keluar cari novel.....
:)

sekian untuk hari ini
Salam Sayang.. Salam Rindu, Salam Cinta Buat Semua

Assalammualaikum w.b.t

Friday, January 13, 2012

MatlamatBaruBuatInsanIni

MerahMembaraSemangatWaja

Assalammualaikum w.b.t
sayang-sayang sekalian alam..
Salam Jumaat.. Salam Sejahtera

Hari ini berjumpa lagi kita dalam entry yang agak-agak ada unsur SEMANGAT MEMBARA nieh..

Oke.. mari kita berbicara soal Matlamat

Kenapa matlamat bukan Azam?
Sebab dengar motivasi dari seorang pernah berkata kalau kita tetapkan azam, kemungkinan azam itu tidak akan tercapai kerana kita hanya berazam lebih kurang macam keinginan tapi bukan untuk mencapai.. Bahkan Matlamat adalah sesuatu yang kita sudah kenalpasti dari A hingga Z apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut.. Ok.. sebagai contoh kalau kita nak berniaga, kita kena tetapkan bidang apa yang kita nak ceburi, dekat mana, macam mana, kos.. semua tu lah kena tetapkan.. barulah matlamat kita tue akan tercapai.. sebaliknya kalau AZAM, kita just cakap Azam aku tahun nie ialah nak ceburkan diri dalam bidang perniagaan. setak itu sahajalah.. 

Jadi nya MATLAMAT Cik Eyla Sulaiman adalah :

MATLAMAT PERTAMA
1. Kursus Jahitan Baju
2. Kursus Jahitan Manik
3. Buat sample + promosi melalui kawan-kawan, mukabuku terutamanya dan blog
4. Jahit baju sendiri dulu lepas tue gayakan di majlis-majlis yang anda hadiri *banyak la sangat majlis nye kan
5. Dah berjaya dapatkan customer kira tercapailah MATLAMAT nie kan??

MATLAMAT KEDUA
1. Mahu menjadi penulis novel seperti Damya Hanna, Melur Jelita, Fauziah Ashari dan sewaktu denganya lah... Tapi nama-nama tue semua dah berjaya menempa nama tersendiri dalam bidang penulisan nie.. sedangkan awak tue baru nak merangkak-rangkak.. Tak apa lah.. janji dah ada plot cerita... Ini Matlamat jangka masa panjang ye.. sebab sesuatu yang dihasilkan dalam waktu yang singkat tak semuanya mampu memberi kepuasan dan nikmat kepada orang sekeliling.. So... tak perlu kelam kabut sangat larh... 
2. Dengan izinNya, kalau matlamat ni betul-betul tercapai novelog tue pastinya akan menghiasi entry di blog ini pada setiap minggu.... 



Saturday, January 07, 2012

MerapuDiHariMingguYangSyahdu

Assalammualaikum...

Hye oll's
Tak tawu nak merapu apa.. tak tawu nak design apa.. tak tawu nak taip apa.. tak tawu nak lukis apa.. tak tawu nak conteng apa... so update entry je la...

So topic hari nie apa ye??
oke.. hari nie sabtu.. so cadang nk buat apa weekend nie??

tapi bila mengenangkan keadaan diri masa nie *Saye n mak abah saje je yang tawu termasuk rakan sekerja,
duduk rumah je lah ye... PANJAT POKOK RAMBUTAN, DURIAN.. eh Durian xnak.. tinggi sangat... pokok apa lagi ye.. owhhh.. tidak dilupakan pokok PISANG!!! pisang?? licin tue nak panjat.. So lupakan je niat panjat memanjat nie.. 
Abessss... itu je aktiviti yang xkena charge..

Banyak lagi la... banyak sangat.. berfaedah lagi.... 

So.. oleh itu.... jalankan MISI supaya Weekend anda tidak akan menjadi BOSAN seperti weekend2 yang lalu... So.. untuk weekend ini anda ON laptop kesayangan anda.. pastikan hari ini *7/1/12 download apa2 yang patut.. gambar2 Hilman & Intan semestinya... background yang catek2 lagi malatopssss.....

Esok boleh lah anda meneruskan MISI anda walaupun tiada sambungan internet d rumah...

Nak Buat apa?? Tengok gambar je??? 

Tak habis cakap lagi la... Buat VIDEO la.. buat mcm slide show but plus ngan wawancara + gambar + story board + music *semestinya

haaaa... something like that la.... baru terisi masa lapang.. Tapi kannnn.. tiap2 hari menghadap laptop nie... BOSAN la jugak.. CIK EYLA SULAIMAN... awak ingat awak ada banyak koleksi Laptop ke?? nie je sebijik yang awak ada... guna ini je la... awak ingat DIE xjemu n bosan asyik pandang muke awak je??? 

HEH!!!! ada pulak cakap macam tue... Maksud sy *eh.. saye pulak?? Urmmm... selain xtvt yg memerlukan guna laptop nie xada ke?? yang penting xmelibatkan wang... *hehehehehe.. al maklum lah kan....

ADA.. sapa cakap xada..... 
BACA NOVEL, mcm yang tiap2 hari awak buat tue...

HEKKKKK.... ADUIHHHHHHHHHH...
againnnnnnnnnnnnnn? 
Suggestion laen xada ke?? laptop, novel.. tue je ke??

ITU JE!!! dah.. cepat download apa yang patut... 

Dah buat separuh pun lah... cuma HEROIN utk pegang watak PUTERI INTAN ZULAIKHA je yang belum jumpa lagi... Tak tahu nama, susah nye la nak cari.. adoiiiiii...... 

Haaaaa... kan dah buat..... cuma nak tukar HEROIN tue je..
agak2 kalau letak gambar CIK EYLA SULAIMAN oke tak??

Kalau rasa2 nak kena tendang dengan jelitawans ASST semua buat la... hehehehehe
oke..oke..oke..

Friday, January 06, 2012

PerancanganSepanjang2012/1433H

Salam.. Selamat Pagi Cinta ^_^

Hye olls.... 

Dah agak lama xupdate entry kan... Hidup berjalan seperti biasa..
Tak ada story yg menarik untuk dikongsi sangat pun..
Rutin harian yang sentiasa sama... pergi kerja... balik kerja... baca novel.. 
layan movie.. buat itu.. buat ini... but persekitaran nya tetap sama untuk 
setiap hari :: RUMAH :: OFFICE :: BILIK SENDIRI :: MOTOR :: JALAN RAYA YG SAMA :: 
Tue je lahhh... what a boring routine kannn.. hadoiii... bila nak dapat kerja 
yang lebih stabil nie?? Doa banyak 2 ya Norlela Sulaiman...

Moga tahun 1433H nie akan memberi sinar baru dan akan ada perubahan yg baik 
dalam kehidupan kita semua ye..

Oke.. entry nie nak cerita pasal perancangan untuk Tahun 2012 / 1433H nie lah...

1. E-Day 
My Lurve and Sweet Gurl BFF  pada Bulan FEBRUARI 2012 nie.. 
Location : Banting, Selangor
Theme : Anime??? owh tidak.. walaupun Gurl yg sorang tue memang teringin nak buat tema mcm tue untuk hari bahagia dia... Ouchhh... jangan nak melawak oke.. Boleh die nak pkai costume Sakura n pasangan die costume ala2 Naruto.. aiyooo... abis kami Flower Gurls nie nak pkai costume ape pulak.. Sailormoon??? cute jugak.. but...... hehehe.. xsanggup.. hahaha... tapi selamat cuma angan-angan tak jadi jer kan... 
So.. Temanya kaler PURPLE+WHITE (Sebab mak my BFF nie berkenan sgt tgk tema kawen Asyraff Muslim n wife die) + PINK.. What!!!! Die pkai PINK?? urmm... bukan kaler fav die tue.. tapi dah mak nak sediakan, terima sedanya oke.. xsabar nk tengok awak yg sememangnya sweet bertambah sweet hari tue nanti... *kalau die bace nie mau senyum meleret nie.. Tapi..... i likeeeee la mak awak... Nice kaler yang die pilih utk anak gadis die nan sorang nie... kaler i tueeeee..... dress i pun kaler senada oke.. but belum sempat untuk jahit perincian lagi... :)

2. Graduation Day!!! Ungku Omar Polytechnic.. Tarikh : Belum Confirm.. Tapi yg tahu Bulan MAY 
Can't wait.. Rindu sgt2 dgn Ipoh, Rindu dgn x-classmate, x-housemate n x-roomate... Hope korang semua dtg yer hari tue... So.. dah xlme dah nie... Dress dah tempah ke??? tanya orang pulak.. Awak tue dh tempah ke?? Ehehehe.. belom lagi... 
Question : Dress mse convo tahun 2008 tue pn br pakai sekali je Eyla Sulaiman... Jgn nak membazir oke!!! 
1st Reason : Tapi kannnn.... Dress tue glamour sgt la... blink sane blink sinie... Dah xsuke sgt dgn fashion yg agak menyerlah mcm tue... Kan ke kesederhanaan tue lebih baek?? kan.. kan....
2nd Reason : Nak buat Dress Konvo + Dinner utk Gathering dkt TER nnt.... Opsss... terpecah rahsia pulak yer... But... xcite details lagi kannn.. Fuhhhhhhhh... selamat.. ekekekekekeke..... Dress yg same but perincian yang berbeza.. untuk Konvo, tak perlu perincian yg super duper malatopsss sangat la kan... nanti nampak bukan macam nak Konvo but macam nak BERNIKAH!! eh.. tapi memang akan nampak macam tue pun nanti sebab kaler yg ditetapkan tue.... Tapi selamat la Kaum Adam tak disyaratkan untuk pakai baju melayu, pkai kemeja je.. kalau tak.. memang nampak macam majlis pernikahan beramai-ramai pun kannn.. hehehehehehe...!!! Uhhh.. sudah.... sudah..... close the case...!!! So untuk dinner di TER nanti ubahsuai je perincian yg sebelumnya oke..

3. GATHERING ASST di Terengganu Equestrian Resort (TER) 26-28hb MAY 2012
Gathering ape nie?? ASST tue ape??? adakah ini soalan-soalan yang berlegar-legar di fikiran readers sekarang nie?? hehehehe.. oke.. Gathering nie diadakan bertujuan untuk memperkuatkan lagi ukhwah yang telah terbina dikalangan semua jelitawans Group FB Awak Suka Saya Tak? Hilman Yong & Intan Zulaikha iaitu Novel karya unggul dari Kak Melur Jelita terbitan Karyaseni Enterprise.. So kepada yang belum berkesempatan utk membeli n membaca novel nie, cepat-cepat dapatkan sebuah ASST yer... tak akan menyesal bila dah beli novel nie.. sekali baca rasa xpuas.. mula lah nak baca buat kali kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya... *xlarat nak taip daaaaa.... 

Novel nie tentang ap?? Jom PREVIEW lagi sekali yer..... *sebab sebelum nie dh pernah story psal ASST nie.. 

AWAK SUKA SAYA TAK?

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Judul : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Semenanjung : RM35
Sabah / Sarawak :RM38


Info dari FB Page Penerbit Karyaseni


So.. kepada semua yang nak join GATHERING nie boleh lah mendaftar nama di Group FB ASST secepat yang mungkin yer... sebab end of January nie tarikh tutup untuk mendaftar... so cepat-cepat daftar.. boleh lah kita bersua muka dan bersuka ria di TER bulan MAY nanti... tiap-tiap hari ingatkan pasal Gathering nie.. xlena tidur dibuatnya... 


4. KOREA... 2012
Rancangan nak ke Korea dipercepatkan la pulak.... mungkin bulan November 2012.. sepatutnya tahun 2013.. aduhh.. xcukup budget... mungkin belum rezeki lagi nak kesana... sob.. sob... 


Eagle Ranch, Negeri Sembilan

Kluang, Johor

Kluang, Johor
Kahwen Kak Lynn

~True Friends~


Chenta Pic Nie ^__^